JERNIHKAN KEMBALI MINYAK MASAK
minyak masak sudah digunakan pasti sudah meningalkan kotoran sehingga minyak kelihatan hitam.membuangkannya?tentu rasa membazir.jika begitu,petua ini pasti membuat anda senang hati.jika anda mahu menggunakan minyak kembali,ambil beberapa hirisan kentang dan gorengkannya.kotoran pada minyak akan melekatnpada kentang tadi.angkat kentang dari kuali dan anda akan lihat minyak masak tadi kembali menjadi jernih.
PENGHALAU LALAT
anda tentu tidak senang dengan kehadiran lalat ketika menjamu selera.cuba petua ini yang amat berkesan menghalau lalat.caranya adalah dengan mengambil secekak daun kari.kibas-kibaskan pada lalat yang ada disekeliling makanan.kemudian letakkan daun kari tadi pada gelas yang berisi air disudut meja.atau letakkan saja pada pinggan hidangan.dengan cara ini,maka tiadalah lagi lalat berkeliaran dan mengganggu anda makan.
MEMBERSIKAN PENGISAR
Pengisarmempunyai fungsi pelbagai.selain dijadikan alat pengisar cili dan bawang ia juga boleh dijadikan alat pengisar buah-buahan untuk dijadikan jus.walau bagaimanapun bau cili dan bawang akan melekat dan sukar untuk hilangkan.anda jangan risau kerana ada cara untuk atasinya.ambil beberapa biji limau nipis dan kisarkan beberapa minit kemudian bilas hingga bersih.sekarang dah boleh digunakan.
MENCANTIKKAN PIPI
Pipi yang merah sebenarnya memberi kesan seri pada wajah.ingin mendapatkan pipi merah cubalah petua ini.sapukan hampas teh pada pipi dan biarkan ia seketika.kemudia bilas dengan air suam.amalkan kaedah ini setiap hari anda akan melihat perubahannya.selain itu cara ini juga dapat memulihkan masalah hitam dibawah mata anda.
ALAMAK KUALI BOCOR
jangan buang kuali atau periuk yang bocor.masalah kebocoran dapat diatasi dengan mudah tanpa menggunakan kos yang tinggi.untuk atasi masalah ini,ambil asam jawa tanpa biji,dengan menutup asam jawa tadi ditempat bocor dan biarkan seketika.sapu lagi asam jawa ditempat bocor tadi sehingga kering .kini periuk atau belanga sudah boleh digunakan semula.
DAPUR WANGI
ruang dapur adalah ruang menyediakan makana tentu saja mengeluarkan bau yang kurang enak.masalah ini dapat diselesaikan dengan mudah.rebus beberapa kulit kayu manis,bunga cengkih dan sedikit cuka masakan.gunakan air rebusan ini sebagai air untuk mencuci dapur anda.bahan ini boleh juga digunakan sebagai cecair pencuci.
SELAMAT MENCUBA.....
SEBARANG MASALAH ATAU CADANGAN BOLEHLAH DIKONGSI BERSAMA.HANTAR CADANGAN ANDA DIEMEL norhaslindamohdibrahim@yahoo.com.my
mahligaiimpian
keluargaku dihari persandinganku....terima kasih semua kerana sudi menemaniku....
Saturday, March 12, 2011
Friday, February 4, 2011
KITCHEN GARDEN
sebelum wujudnya teknologi perubatan dan tenaga kepakaran,penemuan bahan ubatan semulajadi sebenarnya telah diketahui masyarakat dahulu yang bergantung dengan hasil hutan.apa jua tumbuhan yang dapat mengubati penyakit digunakan hingga masyarakat kini.antaranya:CILI PADI:digunakan dalam masakan menghasilkan rasa pedasPOKOK KESUM:boleh dimakan mentah sebagai ulaman disamping menambah aroma didalam masakanPOKOK KARI:perisa didalam masakanDAUN SALAM:dijadikan ulamanDAUN KUNYIT:dijadikan perisa aroma masakan dan juga pewarnaPOKOK LIMAU PURUT:digunakan dalam masakan seperti tomyam,rendang dan lain-lain lagi sebagai penambah perisa dan juga aromanya amat wangiHALIA:digunakan dalam masakan agar ia dapat membantu membuang angin didalam badanDAUN KADOK:daunnya dapat menghilangkan sakit kepala,akarnya dapat menghilangkan sakit gigi dengan mengunyah akarnya,batuk dan asma jika dicampur dengan kelapa dan haliaDAUN PANDAN:daunnya mampu menghasilkan minyakyang baik bagi wanita yang baru bersalin,rambut yang cantik dan dapat mengubati kencing manis.
PULUT KUNING
PULUT KUNING ADALAHKEGEMARAN MASYARAKAT MELAYU.IA DIMAKAN APABILA ADA ACARA CUKUR JAMBUL BAYI YANG BARU LAHIR.PULUT KUNING DIMAKAN BERSAMA KARI AYAM.CARA MEMBUAT PULUT KUNING AGAK MUDAH.KALAU NAK TAHU CARA MEMBUATNYA EMAIL KEALAMAT norhaslindamohdibrahim@yahoo.com
Subscribe to:
Posts (Atom)
